Jarimu Jariku.
5:38 PM | Author: Nik Siti Khadijah

Sekadar Renungan Bersama…

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar danterus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.Naikkan kepada jari

kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dantaqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah diper tanggung --jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka dan patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda. Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

Cinta Remaja?
4:45 PM | Author: Nik Siti Khadijah

Cinta adalah fitrah bagi setiap manuasia.Setiap insan pasti mahu dirinya dikasihi dan disayangi.Cinta sebenarnya adalah 'Mahabbah' yang bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan.Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yang lahir daripada hati nurani yang luhur dan suci.Cinta tidak boleh dipaksa serta dibeli dengan apa pun jua.Ia juga buta dan bisa membutakan seperti lagu Ari Ariwatan,'Cinta Tak Kenal Siapa' dan lagu yang pernah popular di awal tahun 90'an dendangankumpulan Spring,'Butakah Cinta'.Persoalannya, bagaimanakah untuk menyalurkan fitrah semulajadi ini?Kepada siapakah ia harus ditumpahkan?

Kini,sudah menjadi fenomena biasa melihat pasangan remaja berpimpim tangan dan berjalan beriringan di pusat membeli belah hatta di tasik-tasik dan taman-taman bunga. Juga tidak lagi kelihatan jengkel dua insan yang berlainan jenis begerak ketawa di dalam restoran makanan segera. Maka apakah ini yang dinamakan cinta atau ‘mahabbah’? Di peringkat IPT,suasana cinta remaja tidak kurang rancaknya. Bermula dengan sesi suai kenal di dalam kuliah,diikuti sesi membalas sms hingga ke larut malam seterusnya mengikat janji pertemuan di hujung minggu bagi melepaskan rindu yang membara setelah terpisah buat seketika. Tidak hairanlah pada hunjung minggu pusat membeli belah menjadi begitu ‘meriah’ dengan kehadiran insan-insan yang sedang asyik mendambakan kasih ini. Dunia ini bagaikan mereka yang punya. Mereka bagaikan berada di dunia sendiri sehingga terkadang-kadang mereka tidak menyedari akan kehadiran orang ramai yang memerhatikan gaya ‘sumbang’ mereka. Hebat sungguh panahan cinta.

Fenomena millennium ini turut merasuk golongan yang dikatakan mempunyai ‘basic’ agama. Malahan,dalam setengah kes.golongan ini lebih terkehadapan dalam soal cinta. Mereka dianggap lebih tahu apa itu erti cinta sebenar. Cinta mereka dianggap lebih ‘islamik’ dan sejajar dengan syariah. Dimulai dengan kuliah-kuliah agama yang mana dijadikan tempat mengenali ikhwan-akhwat dan seterusnya diikuti sesi membalas sms yang hanya membabitkan kerja. Apabila sudah kehabisan kerja hendak dibincangkan,sms ‘forward’ yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w.,kata-kata ulama’ menjadi ganti dalam meneruskan perhubungan serta dijadikan alat untuk menjustifikasikanapa yang dilakukan mereka. Apabila sudah lali dengan sms tersebut,bentuk sms mula berubah daripada ustaz-ustazah,ana-enti kepada saya-awak,seterusnya menjadi abang-sayang. Adakah ini yang dinamakan cinta ‘islamik’ yang berlandaskan ajaran islam yang sebenarnya?

Lebih menburukan lagi keadaan,dunia kini dilonggokkan dengan lagu-lagu serta nasyid-nasyid cintan-cintun yang menguasai carta-carta muzik setiap minggu. Setiap minggu pasti terdapat lagu cinta yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan yang mengasyikkan serta membangkitkan semangat bercinta muncul di corong-corong radio. Dunia perfileman juga turut tidak ketinggalan dalam perlumbaan ‘mahabbah’ ini. Tidak kira filem Barat,Melayu,Hindustan mahupun Indon,unsur cinta pasti diselitkan bagi menarik minat audiens menonton filem tersebut. Pelbagai bentuk cinta telah digarap dengan cemerlang oleh pengarah-pengarah yang ‘up to date’ seperti cinta 3 segi,cinta terhalang,cinta pandang pertama dan banyak lagi. Adakah ini satu perkembangan yang sihat kepada para remaja?

Sebenarnya, nilai yang mewarnai dunia hari banyak dipengaruhi oleh konsep Machiavelliansime yang diasaskan oleh Niccola Machiavelli yang merupakan seorang pemikir barat dari Florence,Itali. Machiavelli, dalam bukunya, The Prince, telah menekankan konsep ‘The End Justifies The Means’ yang bermaksud niat membersihkan cara. Konsep ini membolehkan seorang itu melakukan apa sahaja asalkan berniat baik. Konsep inilah yang diamalkan oleh mereka yang selama ini bercinta demi kebahagian hari kemudian. Konsep ini sangat bertentangan dengan konsep islam iaitu ‘Matlamat tak menghalalkan cara’.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tiadalah aku tinggalkan setelah aku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita”

(Hadith riwayat Bukhari,Muslim,Tirmidzi dan Ibnu Majah.

Dari Jabir Bin Samurah r.a.,dari Rasulullah s.a.w.: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan wanita,kerana syaitan akan menjadi ketiganya”

(Hadith riwayat Ahmad dan Tarmidzi).

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya,saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah seseorang lelaki berdua-duaan dengan wanita kecuali dengan mahramnya.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari Abu Huzaifah r.a.,dari Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Allah s..w.t. menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina,yang pasti akan mengenainya.Zina mata dengan memandang,zina lisan dengan berbicara,sendangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan,lalu farji yang membenarkan atau mendustakan semuanya”

(Hadith riwayat Bukhari,Muslim dan Abu Daud).

Sabda Rasulullah s.a.w.: ‘Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah menuju ke tempat pertemuan.Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud).

“Dan janganlah kamu dekati zina.Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk” (Al-Isra’:32).

Firman Allah s.w.t. dalam surah Yusuf,ayat ke-53: “Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan.”

Dalil-dalil naqli di atas sudah cukup jelas memberi gambaran di mana letaknya cinta pada pandangan Islam.Islam bukan datang untuk membunuh naluri fitrah manusia seperti yang dilakukan oleh para paderi dan sami. Tidak sama sekali. Bukan salah atau berdosa jika perasaan itu hadir tanpa diundang.Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah.Tentu ada cinta sesama insani secara islam.Cinta secara islam hanya satu,bukan dua.iaitu melalui PERKHAWINAN.Cinta yang berlaku setelah ijab kabul,akad yang menghalalkan apa jua hubungan bagi dua insane yang berlainan jantina.Inilah cinta sebenar.Cinta yang bermaruah.Inilah kemuliaan islam.Apabila islam menegah sesuatu perkara,digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin,ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih sempurna.Ingatlah,bercinta selepas berkahwin adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Sabda baginda: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah”.

(Hadith riwayat Ibnu Majah).

Jadi,bagaimana dengan kami yang belum bersedia untuk hidup ‘berdua’?Penulis tertarik dengan kenyataan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, “Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan (bercinta) antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi (atau masih belajar),jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak membenarkan perkahwinan,kecuali selepas tamat pengajian.Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan,sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai jemu”. Tambah beliau lagi: “Seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlalu lama kenal tetapi tidak menyegerakan perkahwinan,akan dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu sendiri.”

Mekap Muslimah Sejati.
4:35 AM | Author: Nik Siti Khadijah
Anda ingin kelihatan anggun,menawan dan mempesona?Ikuti tips-tips dibawah untuk menjadi wanita suci idaman lelaki sejati.Selamat mencuba!!!


Jadikanlah “Ghadul Bashar” (menundukkan pandangan sebagai) “Eye Shadow” anda,nescaya mata anda akan semakin bening dan jernih.

Oleskan “Lipstik Kejujuran” pada bibir anda,pasti anda kelihatan akan semakin manis dan cun.

Gunakanlah “Pemerah Pipi” anda denga kosmetik terbuat dari rasa malu dan sopan lantaran takut kepada seksaan-Nya yang teradun dari resepi al-Quran dan as-Sunnah.

Cucilah diri dengan “Sabun Istighfar” bagi menanggalkan segala daki-daki dosa & noda lantas menyucikan lagi zahir dan batin.

Tutupilah ramput anda dengan “Selendang Islami” yang pastinya akan mengelakkan kelumumur pandangan liar mata-mata yang melihat benda yang sepatutnya tidak diperlihatkan.

Hiasilah kedua tangan anda dengan “Gelang Tawadhu” dan jari-jari anda dengan “Cicin Ukhuwwah” bagi menyerlahkan lagi keayuan anda.

Sapulah wajah anda dengan “Air Wudhu’” dan insyaALLAH akan bercahaya wajah di akhirat kelak...dan pastinya ia akan menjadikan anda lebih mengancam!

Sungguhlah dunia ini tempat permainan dan hiasan bagi orang beriman. Kaum hawa zaman ini..seakan-akan memandang kecantikan luaran adalah segala-galanya..terkadang langsung tidak mengira yang mana hak & batil. Insafilah dunia yang kita diami ini hanyalah seketika Cuma. Sedarlah kita apakah tujuan kita dihantar di dunia ini..dan seketika detik ini,sudah sejauh manakah kita menjadi hamba-Nya dalam erti kata yang sebenar? Segala prinsip yang termaktub dalam syariah islam akan memulangkan impak dan kesan yang terbaik kembali buat k ita.. kerana yang menciptakan segala prinsip itu adalah Tuhan Yang Mencipta kita sendiri…. Hanya Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya marilah kita bersama bermuhasabah dan menginsafi diri. Kembali kepada fitrah insani kita yang sebenar. Renungilah bahawa Allah itu adalah Maha Permurah Lagi Maha Mengasihani hamba-hamba-Nya… yakin dan bersangka baiklah dengan ALLAH.. insayaALLAH berjaya dunia akhirat..
Tarbiyyatul Awlad: 10 Aktiviti Bersama Anak-Anak Kita
3:04 AM | Author: Nik Siti Khadijah

Berikut adalah senarai sepuluh aktiviti yang dicadangkan untuk dilakukan bersama anak – anak setiap hari. Mungkin tidak semua dapat dilaksanakan sekali gus pada setiap hari, namun anggaplah ini sebagai ‘list to do’ untuk aktiviti yang patut kita lakukan hari ini. Semoga senarai ini juga dapat membantu yang lain diluar sana untuk beraktiviti bersama anak – anak.

1. Membaca untuk anak - anak

2. Meminta anak - anak membaca

3. Membaca/ mengahafal/ mendengar bacaan Al Quran

4. Berlatih kemahiran matematik bersama

5. Menulis

6. Belajar/ mendalami Islam

7. Berbual

8. Aktiviti mendengar dan menulis

9. Belajar/ memahami Bahasa Arab

10. Menyelia dan mempraktikkan budaya kebersihan dan kekemasan

1. Membaca untuk anak kita setiap hari

Kelebihan membaca untuk anak anda adalah:

  • Kita akan mempunyai masa yang berkualiti bersama anak -anak, dan menunjukkan kepada mereka bahawa mereka adalah penting bagi kita
  • Ini membantu menambah perkataan – perkataan baru dalam kamus anak - anak
  • Ini membantu anak – anak kita belajar menyebut perkataan dengan betul
  • Aktiviti ini membantu anak – anak mempelajari lenggok bahasa, dimana perlu berhenti seketika, di mana perlu ditekankan
  • Ianya membantu melatih kemahiran mendengar, tahap perhatian dan keupayaan untuk fokus pada diri anak – anak
  • Ini membolehkan berlakunya perkembangan dalam pemahaman anak – anak terhadap dunia dengan memberikan pendedahan baru kepada mereka
  • Ianya juga memberi peluang kepada anak – anak untuk bertanyakan soalan atau menyatakan pendapat dan pandangan mereka.

Teruskan membaca untuk anak – anak selagi mana mereka menunjukkan minat terhadap aktiviti ini.

Antara bahan yang boleh dibaca: buku cerita, Al Quran, Al Hadith, artikel, surat khabar

Tip: Pastikan berbincang selepas membacakan untuk mereka

2. Meminta anak – anak membaca

Kemahiran membaca adalah sama seperti kemahiran – kemahiran lain, perlukan latihan supaya untuk menguasainya

Membaca setiap hari adalah penting!

Bahan untuk dibaca anak – anak adalah bergantung kepada tahap umur masing – masing: Huruf, perkataan, ayat, perenggan, cerita, Al Hadith, Al Quran

Mintalah anak – anak kita membacakan untuk kita dan berilah semangat kepada mereka untuk terus membaca.

3. Membaca/ mengahafal/ mendengar bacaan Al Quran

Semak kebersamaan kita dengan Al Quran setiap hari.

  • Cuba untuk menghafal sesuatu yang baru setiap hari, walaupun hanya satu ayat.
  • Mendengar bacaan Al Quran (mp3 player dan sebagainya)

4. Berlatih kemahiran matematik bersama.

Matematik ada di rumah kita. Jadi berlatih asas matematik bersama anak – anak adalah sesuatu yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama matematik adalah satu kemahiran yang penting. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti:

  • Menyelesaikan soalan yang diberikan
  • Bermain teka – teki matematik
  • Kelas matematik
  • Lebihkan fokus kepada aplikasi matematik yang mudah dan sememangnya digunakan dalam kehidupan harian seperti menyukat, menganggar, mengira dan menyelesaikan masalah. Cuba dapatkan matematik pada setiap ruang kita bersama dengan mereka!

5. Menulis

Minta anak – anak kita menulis setiap hari untuk memperbaiki tulisan mereka dalam masa yang sama mereka dapat menyatakan apa yang mereka rasa atau alami melalui tulisan.

Ada beberapa cadangan:

  • Menyalin semula. Minta anak – anak menyalin semula huruf, nombor, perkataan, ayat, peranggan dari pelbagai sumber seperti buku, surat khabar, tanda isyarat, label, ayat Al Quran dan juga Hadith
  • Minta mereka untuk membacakan semula apa yang telah mereka tulis
  • Minta mereka menyalin senarai seperti barang keperluan dapur, senarai ke pasar raya, judul buku yang sudah di baca, nama adik beradik dan ahli keluarga.
  • Anak – anak juga boleh diminta menulis surat .

6. Belajar/ mendalami Islam

  • Ajarkan kepada anak – anak kita tentang konsep – konsep asas yang penting dalam Islam seperti rukun Islam dan rukun Iman.
  • Mempraktikkan bacaan doa dan etika harian sebagai seorang muslim (semasa bangun tidur, hendak tidur, sebelum makan, semasa makan, selepas makan, keluar dan masuk bilik air, beri salam, bersin dan sendawa)
  • Membuat praktikal solat bersama anak – anak (mengikut pada tahap anak – anak itu sendiri). Kalaupun tidak pada setiap hari, jadikan ini sebagai rutin mingguan supaya kita dapat memastikan mereka dapat belajar dan akhirnya mendirikan solat dengan betul.

7. Berbual

Masa makan adalah masa yang paling sesuai untuk berbicara dengan anak – anak. Luangkan masa untuk bercakap dengan anak – anak sejak mereka masih kecil lagi.

Jangan lupa menjaga beberapa perkara semasa berbual dengan mereka:

  • Menjaga eye contact
  • Jangan menyampuk
  • Mendengar dengan perhatian
  • Memberikan tindak balas atau respon yang sesuai

Pada pendapat saya, sekiranya anak – anak tersilap sebut, mereka perlu dibetulkan dengan lembut .

8. Aktiviti mendengar dan menulis

Tuliskan/ sediakan untuk anak – anak beberapa perkataan atau bahan untuk dibaca, kemudian kita menyalin apa yang dibacakan. Aktiviti ini boleh dilakukan secara bergilir, dimana kita pula membaca kemudian anak – anak menulis apa yang dibacakan untuknya.

  • Aktiviti ini boleh melatih kesemua empat kemahiran dalam bahasa iaitu menulis, membaca, bercakap dan mendengar
  • Ianya membantu dalam melatih ingatan anak – anak.
  • Kajian menunjukkan bahawa menulis apa yang didengar dapat merangsang perkembangan bahasa anak – anak.

9. Belajar/ memahami dan bercakap Bahasa Arab

Cuba untuk mempelajari bahasa Arab setiap hari, sama ada melalui kelas secara formal atau tidak formal dengan cuba berbual dalam bahasa ini antara satu sama lain. Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran dan bahasa agama kita, oleh kerana itu bahasa ini amat penting untuk dipelajari.

10. Menyelia,mempraktikkan budaya kebersihan dan kekemasan

Ini adalah perkara yang teramat penting untuk dititik beratkan. Kebersihan dan kekemasan mempengaruhi kesihatan kita dan juga kehidupan sosial kita. Anak – anak perlu dididik sedari kecil tentang kepentingan kebersihan dan melatih mereka untuk sukakan kebersihan. Ini bukanlah perkara yang sukar kerana pelbagai aktiviti harian ini boleh dilakukan dalam suasana yang ceria dan menarik.

Luangkan masa untuk mengawasi anak – anak kita dari segi kebersihan dan kekemasan semasa;

  • Menggunakan bilik air
  • Mandi
  • Memberus gigi
  • Makan
  • Menyikat rambut
  • Memotong kuku

Sekali sekala, lakukan aktiviti gotong royong bersama – sama untuk memupuk semangat menjaga kebersihan pada diri mereka. Aktiviti memasak bersama juga salah satu dari idea yang menarik untuk dicuba.

Adaptasi dari perkongsian Umm Ibrahim bint Milton

Kredit untuk Dakwah.Info
Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
2:56 AM | Author: Nik Siti Khadijah
Oleh: Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih .

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih .

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur .

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)